IPOH,15 November – Satu kejadian tanah runtuh telah berlaku di lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Gua Tempurung petang semalam. Kejadian tanah runtuh ini terjadi setelah hujan lebat berlarutan sejak tiga hari yang lalu.
Lima buah kenderaan yang terdiri daripada tiga buah kereta dan dua buah lori tela rosak teruk akibat kejadian tanah runtuh ini. Bagaimanapun, tiada mangsa yang mengalami kecederaan parah. Hanya luka-luka kecil dan kecederaan ringan dialami oleh mangsa-mangsa.
Menurut salah seorang mangsa yang dikenali sebagai Encik Halim, kejadian berlaku apabila beliau dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kedah. Setibanya di tempat kejadian keretanya telah dibawa arus deras. Mujurlah ada batang di tepi jalan yang menyelamatkan beliau daripada terhumban ke dalam gaung. Beliau sempat keluar daripada keretanya dan menyelamatkan diri.
Kejadian tanah runtuh ini telah menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas sepanjang lima kilometer. Pasukan keselamatan dan penyelamat telah bergegas ke tempat kejadian untuk menyelamatkan mangsa-mangsa dan mengawal keadaan lalu lintas.
Pihak polis dengan bantuan kakitangan PLUS bertungkus lumus memindahkan batu-batan yang bertaburan di jalan raya. Pihak polis terpaksa menutup lebuh raya tersebut untuk menjalankan siasatan lanjut.
Kenderaan yang menuju ke utrara dan selatan tanahair akan dilencongkan ke jalan biasa. Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati apabila melalui lebuh raya tersebut. Pandu cermat jiwa selamat.

Sekolah Kebansaan Ser Ampang,Ipoh,Perak. {SKSA} Moto sekolah : Penjanaan Insan Berkualiti Misi sekolah : Melahirkan insan yang soleh, beriman dan patuh kepada perintah Tuhan.
Mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran untuk semua murid.
Mempertingkat dan memantapkan kecemerlangan kurikulum, kokurikulum, jasmani, emosi, rohani dan intelek murid.
Melahirkan murid yang gemilang dalam pembelajaran, berketrampilan, inovatif dan harmonis dalam pergaulan.
Membina sikap rajin berusaha, proaktif dan mempunyai jati diri dalam diri setiap murid.
Melahirkan murid yang kuat semangat, berani menghadapi cabaran dan mempunyai daya saing. Visi sekolah : KE ARAH KEGEMILANGAN SK SERI AMPANG SEBAGAI SEKOLAH TERUNGGUL NEGARA MENJELANG 2015 Guru Besar : YM Raja Zainalabidin b. Raja Yahya. Penolong Kanan Pentadbiran {PK 1}. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid {PK HEM}. Penolong kanan Kokorikulum {PK KOKO} Lagu sekolah.
Di sini bermula kasih ku serahkan
Untukmu sekolah tercinta
Di sini bermula lahir anak bangsa
Cekal tabah bagai perwira
Sekolah Seri Ampang sekolah ternama
Menjadi harapan ayah bonda
Sekolah Seri Ampang sekolah cemerlang
Moga kekal gilang gemilang
Bersama kita berikrar
Walau berbeza tidak sebangsa
Bersama mendukung harapan suci
Penjanaan Insan Berkualiti
Seri Ampang sekolah cemerlang Mula beroperasi pada Jun 1995.Terdapat 49 orang guru dan 628 orang murid terdiri daripada bangsa Melayu, Cina, India dan lain-lain.Maklumat lebih lanjut : http://skseriampang.net/
Post a Comment