Bahasa Malaysia(UPSR)
1 2 3 4 5 +




  • Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan.Kat sini saya nak kongsi ngan kawan-kawan semua ilmu yang saya ada.Ambikla jngn segan-segan.

  • Najwa Latif - Najwa Latif Ada Mu

    download / iron dj
    Baca Doa Dulu Sebelum Belajar


  • Skins: Mayra
  • Help: Amiraa
  • Syarahan : Faedah Membaca
    Thursday 31 January 2013 | 11 Comments
        Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis , Guru Besar , guru-guru dan hadirin sekalian.Berdirinya saya pada pagi yang indah ini adalah untuk menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk "Faedah Membaca".Semua orang tanpa mengira usia perlulah menyemai minat membaca dalam sanubari mereka. Amalan membaca memberikan banyak faedah kepada seseorang itu sepanjang hidupnya sama ada disedari atau tidak oleh diri individu tersebut.

     Manfaat yang jelas diberikan oleh sikap membaca ialah ilmu pengetahuan seseorang itu dalam pelbagai bidang akan bertambah. Pemilikan pengetahuan ini memudahkan seseorang itu untuk menyesuaiakan diri dalam kehidupan era moden yang penuh cabaran ini.

      Tambahan pula, sikap membaca boleh menjadi satu cara yang paling mudah dan murah untuk menghabiskan masa lapang. Seseorang itu hanya perlu membeli majalah, akhbar atau buku dan duduk membaca di mana-mana yang sesuai buat mereka berjam-jam lamanya tanpa sebarang gangguan.

       Bahan bacaan juga boleh menjadi satu cara untuk menghiburkan seseorang itu terutama ketika keseorangan. Ada banyak bahan bacaan yang mampu memberikan pelbagai bentuk hiburan seperti novel, cerpen dan puisi kepada pembacanya dengan mudah.

       Malah, membaca juga boleh membantu seseorang itu terutama pelajar untuk lulus dengan baik dalam peperiksaannya. Semakin banyak buku yang dibaca semakin besarlah peluang pelajar itu untuk lulus dengan cemerlang kerana semua soalan peperiksaan berdasarkan bahan bacaan yang diberikan oleh pihak sekolah.


        Kesimpulannya, tabiat suka membaca perlu dipupuk sejak kecil. Minat ini kemudiannya akan berkembang apabila mereka menjadi dewasa lalu amalan ini akan terus wujud dalam diri seseorang itu.Oleh itu , kita menyemai tabiat suka memebaca di dalam diri kita kerana ini akan menambahkan lagi ilmu kita.

    Sekian , terima kasih.

    Blogger Unknown said...

    Sangat hebat saya suka

     
    Blogger Unknown said...

    Tq

     
    Blogger shyn nie said...

    SAYA SANGAT SUKA KARANGAN YANG BERFORMAT SYARAHAN INI.HEBAT!!!!!

     
    Blogger Unknown said...

    sangat gramatis

     
    Blogger Unknown said...

    Saya suka karangan ini

     
    Blogger Unknown said...

    Saya suka karangan ini

     
    Blogger Unknown said...

    karangan yg paling tersuka

     
    Blogger Unknown said...

    this essay is good and excellent, it is very useful :)

     
    Blogger Unknown said...

    SAYA SUKA KARANGAN INI .TQ

     
    Blogger Unknown said...









     
    Blogger Unknown said...

    aesthetic nya website😍😍

     

    Post a Comment