Bahasa Malaysia(UPSR)
1 2 3 4 5 +




  • Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan.Kat sini saya nak kongsi ngan kawan-kawan semua ilmu yang saya ada.Ambikla jngn segan-segan.

  • Najwa Latif - Najwa Latif Ada Mu

    download / iron dj
    Baca Doa Dulu Sebelum Belajar


  • Skins: Mayra
  • Help: Amiraa
  • Laporan : Lawatan ke Langkawi
    Saturday 9 February 2013 | 1 Comments


    Pada 29 Mei 2013, Persatuan Sains Sekolah Kebangsaan Mangkapon Pitas telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pulau Langkawi. Lawatan ini berlangsung selama 4 hari 3 malam. Seramai 35 orang murid dan 5 orang guru telah menyertai lawatan ini.
    Rombongan telah tiba di jeti Kuala Perlis jam 9:00 pagi. Kami menaiki feri. Kami sampai di hotel Hilton tepat jam 12:00 tengah hari. Pihak hotel telah menyambut kehadiran kami dengan tangan terbuka. Jamuan tengah hari telah disediakan oleh pihak hotel.
    Pada hari kedua, kami telah menaiki bas persiaran  melawat tempat-tempat menarik dan bersejarah. Tempat tersebut ialah Makam Mahsuri, Beras Terbakar, Telaga Tujuh, Akurium, Tasik Dayang Bunting, Taman Buaya dan Pantai Rhu. Pada lewat petang barulah kami pulang ke hotel.
    Pada sebelah malamnya, kami menikmati makanan, kami menikmati makan malam secara buffet. Pelbagai jenis makanan laut disediakan pihak hotal. Antaranya sotong, ikan,udang dan lain-lain lagi. Rasanya sunguh sedap dan lazat.
    Lawatan hari ketiga lebih menarik lagi.Kami berpeluang Mendaki sendiri dengan menggunakan tali ke puncak gunung. Pemandangannya cukup menarik. Seterusnya kami dapat menyelam untuk menikmati keindahan hidupan laut di dasar laut. Pengalaman ini sangat beharga dan akan dijadikan kenangan dalam hidup kami.
    Pada hari terakahir, kami pergi membeli-belah di kedai bebas cukai. Sebelum bertolak pulang, kami telah bergambar kenangan di Dataran Helang. Kami tiba di sekolah dengan gembira. Walaupun keletihan, namun kepuasan jelas terbayang pada wajah ahli Persatuan Sains.

     Laporan disediakan oleh,                                                                                      2 Jun 2013
      Anita
    (ANITA BT AHMAD)                             
    Setiausaha Persatuan Sains
    Sekolah Kebangsaan Seri Murni.





    Autobiografi : Aku Sepasang Kasut Bola Sepak
            

    Aku sepasang kasut bola sepak. Namaku Puma. Aku diperbuat daripada kulit yang berkualitin tinggi. Oleh sebap itu,aku sedia berhadapan dengan pelbagai cabaran yang lasak dan aktif.
    Setelah  siap  dan diperiksa  dengan  teliti, aku menerima  sijil kelulusan untuk dipasarkan .Aku dimasukkan di dalam kotak yang cantik dan menarik warnanya. Hal ini meyebabkan aku menjadi tarikan para penggemar kasut bola.
    Aku dan puluhan kawanku yang lain dibawa ke sebuah gedung sukan di ibu kota. Kami dipamerkan di dalam almari kaca dengan rakan-rakan lain yang datangnya dari seluruh dunia.  Aku terpaksa bersaing untuk menarik perhatian dan menawan hati pembeli.
    Pada suatu petang,seorang pemuda tampan datang ke gedung sukan tempat aku dipamerkan. Dia tertarik kepada bentuk badanku dan berpuas hati dengan harga yang ditawarkan. Akhirnya, pemuda itu bersetuju untuk membeli dan memiliki aku.
    Tuan baruku itu seorang pemain bola sepak bagi negeri Sarawak. Aku menjadi teman setianya sebagai penyerang utama pasukan tersebut. Aku sentiasa bekerja keras dan beraksi lasak setiap kali pertemuan dengan pasukan lain. Sepasang musim pertandingan itu, aku bersama dengan tuan baruku.
    Akhirnya, tubuhku sudah tidak mampu berhadapan dengan aktiviti lasak dan tugas berat yang perlu aku sempurnakan. Aku mengalami kecederaan yang teruk di bahagian badanku. Aku berasa sedaih kerana tugasku telah diambil ahli oleh rakanku yang lain. Dengan itu, berakhirlah tugasku di padang bola sepak. 



    Berita : Kejadian Tanah Runtuh



    IPOH,15 November – Satu kejadian tanah runtuh telah berlaku di lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Gua Tempurung petang semalam. Kejadian tanah runtuh ini terjadi setelah hujan lebat berlarutan  sejak tiga hari yang lalu.  
    Lima buah kenderaan yang terdiri daripada tiga buah kereta dan dua buah lori tela rosak teruk akibat kejadian tanah runtuh ini. Bagaimanapun, tiada mangsa yang mengalami kecederaan parah. Hanya luka-luka kecil dan kecederaan ringan dialami oleh mangsa-mangsa.
     Menurut salah seorang mangsa yang dikenali sebagai Encik Halim, kejadian berlaku apabila beliau dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kedah. Setibanya di tempat kejadian keretanya telah dibawa arus deras. Mujurlah ada batang di tepi jalan yang menyelamatkan beliau daripada terhumban ke dalam gaung. Beliau sempat keluar daripada keretanya dan menyelamatkan diri.
    Kejadian tanah runtuh ini telah menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas sepanjang lima kilometer. Pasukan keselamatan dan penyelamat telah bergegas ke tempat  kejadian untuk menyelamatkan mangsa-mangsa dan mengawal keadaan lalu lintas.
    Pihak polis dengan bantuan kakitangan PLUS bertungkus lumus memindahkan batu-batan yang bertaburan di jalan raya. Pihak polis terpaksa menutup lebuh raya tersebut untuk menjalankan siasatan lanjut.         
    Kenderaan yang menuju ke utrara dan selatan tanahair akan dilencongkan ke jalan biasa. Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati apabila melalui lebuh raya tersebut. Pandu cermat jiwa selamat.

    Peribahasa
    Tuesday 5 February 2013 | 0 Comments
    Peribahasa Melayu, Simpulan Bahasa dan Maksud

    Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
    Maksud: Segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.


    Yang lama dikelek, yang baharu didukung
    Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.


    Seperti lembu dicucuk hidung
    Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang


    Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
    Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.


    Bagai kaca terhempas ke batu
    Maksud : Sangat sedih atau kecewa.


    Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
    Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.


    Bagai Aur Dengan Tebing
    Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.


    Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
    Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.


    Bara yang digenggam biar sampai jadi arang
    Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.


    Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
    Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.


    Melentur buluh biarlah dari rebungnya
    Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.


    Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
    Maksud : Dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat


    Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
    Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.


    Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
    Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah


    Indah khabar daripada rupa
    Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.


    Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
    Maksud : Pengagihan yang sama banyak.


    Bukit sama didaki, lurah sama dituruni
    Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.


    Kacang lupakan kulit
    Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.


    Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
    Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.


    Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
    Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan


    Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
    Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya


    Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
    Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah


    Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
    Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.


    Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
    Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha


    Untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan
    Maksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya.


    Bagai ikan pulang ke lubuk
    Maksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal. b. Kehidupan yang senang.


    Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
    Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.


    Bak cendawan tumbuh selepas hujan
    Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.


    Yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran
    Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.


    Biar mati anak, jangan mati adat
    Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat.


    Sediakan payung sebelum hujan
    Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.


    Mencari Jalan
    Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.


    Memerah Otak
    Maksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh.


    Berbesar Hati
    Maksud : Gembira.


    Anak Buah
    Maksud : a. Anak saudara. b. Pekerja di bawah jagaan kita.


    Tuan Rumah
    Maksud : Tempat berlangsungnya sesuatu acara


    Batu Penghalang
    Maksud : Halangan


    Darah daging
    Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.


    Meninggi diri
    Maksud : Sombong


    Bermuka Dua
    Maksud : Tidak jujur.


    Baik Hati
    Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).


    Tulang Belakang
    Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan


    Terang Hati
    Maksud : Lekas pandai.


    Rendah Hati
    Maksud : Tidak sombong


    Murah Hati
    Maksud : Pemurah.


    Tangan Kosong
    Maksud : Hampa.


    Lintah Darat
    Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi./Penipu


    Anak Dagang
    Maksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat

    Peribahasa ; Kacang Lupakan Kulit
      Pak Utih sedar dia tidak bersekolah. Hendak berniaga, dia tiada modal. Hendak menjadi tukang rumah, dia tiada kemahiran. Apatah lagi hendak bekerja di jabatan kerajaan. Jadi, hanya buruh kasar pekerjaan yang sesuai untuk orang seperti dirinya.
                  

       Begitupun, Pak Utih bertekad. Dia tidak mahu anak-anaknya menjadi seperti dirinya. Dia mahu melihat anak-anaknya berjaya. Mudah-mudahan, kejayaan mereka nanti dapat meringankan beban yang ditanggung selama ini.
             

        Saban hari, Pak Utih melakukan pelbagai pekerjaan. Dia sanggup mengambil upah menebas rumput, memanjat pokok kelapa, menanam pokok koko, dan memetik buah sawit semata-mata untuk menyekolahkan Karim dan Salim. Dia sanggup berlapar, dia sanggup tidak bersalin pakaian asalkan anak-anaknya dapat belajar.
              

       Kini, dia dan isterinya boleh berbangga. Betapa tidak, Karim dan Salim satu-satunyanya anak masyarakat kampungnya yang berjaya ke menara gading.
              

      Setelah tamat pengajian,Karim dan Salim bekerja di Kuala Lumpur. Gajinya pula cukup lumayan. Jadi, mereka mampu membeli kereta mewah dan rumah banglo. Rupa-rupanya, keseronokan di kota menjadikan mereka lupa diri. Mereka langsung tidak menziarahi ibu bapa mereka di kampung pedalaman.
            

       Pak Utih betul-betul tidak menyangka bahawa anak-anaknya yang disanjung kini "seperti kacang lupakan kulit". Apabila teringat akan anak-anak itu, air mata mereka bercucuran ke pipi.            

    Menyambung Cerita ; Rumah dimasuki pencuri
          Hari sudah jauh malam. Adik-adik aku sudah tidur, namun ibu bapa aku belum juga pulang. Aku menjadi bimbang dan risau.

           Tiba-tiba aku terdengar bunyi sesuatu. Malam semakin sejuk, hendak lelapkan mata, aku tidak rasa mengantuk. Aku ingin bangun dari tempat tidurku, namun pelbagai andaian bermain dikepalaku. Aku berasa tidak sedap hati.

           Bunyi itu semakin jelas. Setahuku, jiranku telahpun pulang ke kampungnya. Dari manakah datangnya bunyi itu? Aku memberanikan diri untuk mengintai dari celah pintu. Aku dapat melihat dengan jelas kelibat dua orang lelaki sedang mundar-mandir di dapur. Aku segera menutup lampu kalau-kalau pergerakkanku diperhatikan.
             
            Kedua-dua mereka nampak mencurigakan. Mereka berjalan terbongkok-bongkok. Mereka membawa beberapa peralatan rumah ke sudut halamman.

           Menyedari kejadian itu, aku segera menelefon polis. Tidak lama kemudian, pihak polis pun tiba. Kedua-dua lelaki itu telah ditangkap. Kedua-duanya ialah kumpulan pencuri yang dikehendaki polis.

          Aku juga terdengar bunyi deruan enjin kereta ayah. Rupa-rupanya ibu dan ayahku telahpun pulang. Aku amat gembira dan berasa lega. Ibu dan ayah tercengang melihat polis disekeliling kawasan rumah. Pihak polis mengucapkan terima kasih kepadaku.

           Ibu dan ayahku tersenyum mendengar cerita itu. Tiba-tiba, ibu datang memelukku. Ibu dan ayah bangga denganku. Aku akan mengingati peristiwa itu sebagai kenangan manis buatku.
                     

    Laporan ; Kejohanan Sukan Tahunan sekolah
    Monday 4 February 2013 | 4 Comments
       Pada 5 Mac yang lalu, Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Selayang telah mengadakan Kejohanan Sukan Tahunan kali ke-20 bertempat di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.Majlis ini diadakan pada 25 Mac yang lalu dan telah berlansung dengan jayanya.

         Pada hari kejohanan, atur cara majlis telah dimulakan dengan perbarisan lintas hormat yang melibatkan rumah sukan dan unit beruniform. Acara diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh puan guru besar. Kemudian disusuli pula dengan ucapan perasmian oleh Pegawai Pelajaran Daerah Gombak.

       Setelah selesai majlis perasmian, acara sukaneka membuka gelanggang dengan pelbagai aksi murid-murid tahap 1. Mereka melakukan acara seperti mengepit bola dan membawa bola pingpong dengan sudu. Seterusnya, acara olahraga bermula dengan acara 100 meter, 200 meter dan 4×100 meter.

       Tepat jam 10.00 pagi semua murid dibenarkan berehat untuk makan dan minum. Semasa rehat, pertunjukan tae kwon do telah dipersembahkan oleh ahli-ahli tae kwon do sekolah. Kemudian murid-murid tahun 1 pula telah membuat persembahan senamrobik.

       Seterusnya ialah acara penyampaian hadiah kepada para pemenang. Guru besar telah menyampaikan hadiah kepada olahragawan iaitu adik Amirul Anuar dan adik Nur Amni sebagai olahragawati sekolah. Rumah Hang Tuah pula telah diumumkan sebagai johan keseluruhan pada tahun ini.

       Murid-murid berasa gembira melihat kemeriahan kejohanan sukan pada tahun ini. Sebelum bersurai, murid-murid telah membantu guru-guru membersihkan padang bersama-sama. Kejohanan berakhir kira-kira pukul 4.00 petang.


    Disediakan oleh,
                                                                      30 MAC 2009
    (NORAFIFAH KHAIRUL SALLEH)
    Wartawan,
    Majalah sekolah,
    Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Selayang.